ETIKA
PENGGUNAAN E-MEL DAN INTERNET
1.0 TUJUAN
Memastikan penggunaan
yang berkesan tanpa memberi impak negatif ke atas capaian kepada sistem-sistem
aplikasi lain yang beroperasi di dalam jaringan.
2.0 TUMPUAN MASALAH
Dua (2) faktor penting
yang mempengaruhi keupayaan jaringan dalam memberi perkhidmatan yang optimum
ialah :
a. Memilih masa penggunaan yang sesuai; dan
b. Cara penggunaan yang betul.
3.0 HAK PENGGUNAAN EMEL DAN INTERNET
Kemudahan penggunaan
e-mel dan internet adalah tertakluk kepada peraturan jabatan dan boleh ditarik
balik jika penggunaannya menyalahi peraturan tersebut.
4.0 KAEDAH PENGGUNAAN YANG BETUL (do’s and don’ts)
4.1
AKAUN E-MEL
a.
Katalaluan (password) e-mel hendaklah dirahsiakan dari pengetahuan umum;
b. Mengaktifkan e-mel pada seluruh waktu kerja;
c. Menggunakan akaun e-mel milik persendirian yang resmi di dalam urusan kerja-kerja
resmi;
d. Tidak membabitkan diri di dalam aktiviti penyamaran alamat e-mel.
4.2
PENYENGGARAAN KOTAK MEL
Penyenggaraan
kotak mel pada komputer mikro adalah menjadi tanggungjawab setiap pengguna.
Tugas-tugas itu merangkumi:
a . Menghadkan jumlah mel yang harus disimpan;
b . Menghapuskan mel-mel yang tidak penting;
c . Mel-mel yang penting dan berbentuk rahsia atau peribadi hendaklah dipindahkan
ke tempat yang lebih selamat atau disalinkan kepada sumber storan kedua seperti disket;
4.3 PENYEDIAAN E-MEL
a.
Berikan mel tajuk (subject) yang sesuai untuk mengambarkan isi kandungannya;
b. Mel yang bertajuk akan memudahkan penerima memberi keutamaan ke atas mel-mel
yang akan dibaca atau dirujuk;
c. Tulis kandungan mel sama seperti anda akan menulis di atas kertas;
d. Amalkan menulis kandungan mel dengan ringkas dengan penggunaan bahasa yang
betul dan sopan;
e. Kandungan mel tidak seharusnya mengandungi maklumat rahsia atau peribadi;
f. Kandungan mel yang tersusun akan kelihatan teratur dan mudah dibaca;
g. Gunakan tandatangan (signature) bagi membolehkan penerima mendapat maklumat
asas mengenai diri anda;
h. Amalkan penggunaan buku alamat (address book) untuk menyimpan alamat-alamat
e-mel yang akan digunakan kemudian nanti.
i. Jika anda melampirkan fail ‘attachment file’, pastikan saiz fail itu tidak
terlalu besar; dan
j. Elakkan diri dari menggunakan kemudahan e-mel untuk tujuan menghasut, menfitnah,
menghantar berita palsu, menerbit semula hakcipta atau aktiviti-aktiviti lain
yang ditegah oleh undang-undang siber.
4.4 PENGHANTARAN E-MEL
a.
Jangan libatkan diri anda dalam aktiviti penghantaran mel sampah (flaming),
mel bom (mail bombing) dan mel spam;
b. Pastikan dengan betul alamat e-mel yang hendak dihantar;
c. Gunakan kemudahan arahan (cc:) dan (bcc:) untuk menyalinkan mel kepada
orang tertentu; dan
d. Mel yang tidak berjaya dihantar akan berada di dalam folder outbox dan
boleh diedit untuk dihantar semula.
4.5
MEMBUKA E-MEL
a.
Memeriksa kotak mel dalam jangkamasa waktu yang sesuai kerana ada mel perlu
diambil perhatian atau tindakan segera;
b. Jawab mel yang dirujuk dengan menggunakan arahan (reply:) atau (reply all
:) dimana perlu; dan
c. Arahan forward membolehkan mel yang diterima dipanjangkan kepada orang
lain.
4.6
PENGURUSAN MEL SECARA OTOMATIK
Anda
boleh membuat pengurusan secara otomatik keatas mel-mel yang masuk dan keluar
dengan menggunakan arahan Rules.
4.7 MENJADI AHLI DALAM SENARAI MEL (MAILING LIST) ATAU KUMPULAN PERBINCANGAN
(DISCUSSION GROUP)
a.
Pilihlah kumpulan perbincangan atau senarai mel yang sesuai dan sihat untuk
mendapatkan maklumat yang relevan;
b. Jangan daftarkan diri anda dalam senarai mel tertentu yang menyebabkan
anda menerima sejumlah mel yang banyak pada setiap hari ;
c. Apabila seseorang menawarkan sesuatu perkhidmatan atau memohon nasihat,
jawablah dengan tertib dan jujur;
d. Mel komen peribadi hendaklah dihantar kepada penerimanya sahaja dan bukan
kepada semua ahli;
e. Anda seharusnya mengeluarkan alamat e-mel daripada senarai mel atau kumpulan
perbincangan apabila anda beranggapan ianya tidak banyak memberi faedah dan
berunsur negatif;
f. Berilah pendapat yang sihat dan jawablah segala pertanyaan dengan tertib
dan elakkan dari pertelagahan; dan
g. Gunakan sumber rujukan untuk menerangkan sesuatu yang pada anggapan anda
sukar difahami atau sukar diterima oleh ahli lain.
5.0
INTERNET
5.1 MELAYARI WORLD WIDE WEB (WWW)
a. Masa penggunaan yang dicadangkan adalah dari jam sebelum 8.15 pg., 1.15 ptg hingga 2.15 ptg. dan selepas 5.15 ptg;
b. Browse atau carilah
maklumat menerusi WWW yang berkaitan dengan tugas anda sebagai
penjawat awam.
c. Bertindaklah sebijak
mungkin di dalam
membuat carian (searching)
dengan mengkhususkan bahan atau perkara
yang diingini;
d. Memilih search engine yang sesuai
agar carian itu dapat dilakukan dengan lebih efisyen
dan mendapat tindak balas yang lebih cepat;
e. Elakkan diri anda dari melawat
laman-laman yang akan
menjatuhkan maruah anda dan imej
jabatan;
f. Anda juga dilarang daripada melawat laman-laman yang memuatkan maklumat anti kerajaan atau subversif
yang bertentangan dengan
undang-undang negara;
g. Amalkan membuat penanda (bookmark) pada laman yang berfaedah untuk rujukan kemudian
hari; dan
h. Cetaklah dokumen yang
difikirkan akan digunakan untuk tujuan rujukan.
5.2 PROSES MEMINDAHKAN FAIL
a. Aktiviti pemindahan fail seharusnya dilakukan selepas waktu pejabat;
b. Pastikan anda mempunyai ruang storan yang mencukupi sebelum melakukan aktiviti pemindahan itu;
c. Cakera keras (hard
disk) memerlukan ruang
storan sebesar 40 MB untukmembolehkan sistem pengoperasian Windows berjalan dengan
lancar;
d. Kaedah memindah fail
yang biasa ialah dengan menggunakan arahan File Transfer Protocol (FTP), HyperText
Transfer Protocol (HTTP) atau proses
‘downloading’ biasa;
e. Baca dan fahami akan tawaran atau
syarat-syarat tersebut
sebelum anda memulakan
aktiviti itu;
f. Adalah menjadi tanggungjawab pengguna untuk menyemak keperluan hakcipta dan mematuhi segala
peraturan mengenainya;
g. Segala bentuk perjanjian perkhidmatan dan urusniaga elektronik
(kad kredit) yang dilakukan adalah menjadi tanggungjawab pengguna sepenuhnya;
h. Jika anda akan melakukan urusniaga elektronik, pastikan pembekal memproses permohonan itu dengan menggunakan
pelayan selamat (secured
server).
6.0
KESIMPULAN
Etika ini diharap dapat dipatuhi
sepenuhnya oleh semua peringkat pengguna bagi mewujudkan
masyarakat pengguna e-mel dan internet yang bertanggungjawab dan penyayang. Berbanggalah dengan kemudahan yang diberikan ini dan
jadilah pengguna yang
bijaksana demi untuk meningkatkan produktiviti jabatan secara keseluruhannya. Bertekadlah untuk meletakkan diri anda sebagai
penjawat awam yang kompiten dan progresif
demi mencapai cita-cita yang menjurus kepada perkhidmatan awam yang terunggul di dunia.
Etika ini diharap dapat dipatuhi
sepenuhnya oleh semua peringkat pengguna bagi mewujudkan
masyarakat pengguna e-mel dan internet yang bertanggungjawab dan penyayang. Semoga kita semua
akan menjadi
pengguna yang lebih bijaksana demi untuk meningkatkan produktiviti jabatan secara keseluruhannya.